top of page

Takaful Ikhlas Ibarat Lilin

Selama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali... Mungkin beberapa jam, kan! Ya... bagi kita, cahaya elektrik di waktu malam sudah menjadi kelaziman dan keputusan bekalan elektrik adalah suatu yang luar biasa.

tetapi pernahkah anda terfikir, semasa ketiadaan elektrik, apakah yang paling kita cari? Ya... Sebatang lilin. Kerana apa? Kita beranggapan bekalan elektrik terputus sementara dan bekalan elektrik akan ada beberapa jam kemudian. Tetapi bagaimana sekiranya bekalan elektrik terputus terus....

Begitulah diibaratkan takaful. Ia menjadi penyelamat di kala kita tenggelam punca di dalam kesusahan. Api lilin yang kecil dan sentiasa diabaikan, menjadi satu barang yang sangat berharga untuk menerangi malam yang gelap gelita.

ketika ketua keluarga yang menerajui kehidupan, menerajui perbelanjaan dan kemewahan tiba-tiba diserang penyakit, memerlukan kos rawatan yang tinggi dan paling parah sekali meninggal dunia, siapakah yang sanggup mengambilalih kos rawatan, kos perbelanjaan ataupun kos sara hidup hakiki orang-orang yang kita kasihi?

Tidak lain dan tidak bukan adalah pelan takaful dari Takaful Ikhlas. Dengan Takaful Ikhlas, kos rawatan anda dibayar segera, pampasan waris anda dibayar secepat mungkin dan kami juga menyediakan badal haji serta wakaf yang membolehkan anda mempunyai bekalan yang menenangkan di sana nanti. Semua yang hidup akan menghadapi kematian, tetapi hadapilah kematian dengan segala bekalan dunia dan akhirat yang mencukupi, semoga yang pergi tenang bersemadi, yang tinggal tenang untuk dikenangi.


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page