top of page

Perlukah Saya Menambah Polisi Baru Walaupun Dan Ada Yang lama?

Sebagai seorang yang mementingkan kesejahteraan hidup, anda perlulah merancang keperluan kewangan anda dengan berkesan. Apa yang suatu ketika dahulu merupakan matlamat utama, tetapi kini telah menjadi matlamat sekunder, kedua atau pun ketiga. Jika dahulu emak ayah kita mengambil pelan takaful pendidikan untuk kita, tetapi apabila kita telah mencapai usia dewasa, dah masuk ke kolej, pelan tersebut telah pun matang dan anda memerlukan pelan perlindungan yang lebih besar lagi sebagai persediaan di waktu yang tidak terjangka.

Sebagai contoh lagi... pada mulanya anda masih bersendirian, bujang dan tidak mempunyai banyak komitmen. Mungkin pelan takaful yang diperlukan pada masa itu mungkin kad medikal untuk diri sendiri dan sedikit simpanan. Tetapi apabila anda sudah berkahwin, anda mula memikirkan pelan takaful yang lebih menyeluruh merangkumi isteri, dan anak yang bakal dilahirkan. Apabila anda mula mempunyai cahaya mata, maka keperluan takaful itu semakin bertambah mengikut masa.

Begitu juga dengan kerjaya anda. Berkemungkinan pada mulanya anda bekerja makan gaji, kemudian mula mengorak langkah di dalam bidang perniagaan, maka pelan yang diperlukan juga semakin berkembang dengan berkembangnya karier dan kewangan anda. Ini adalah lumrah apabila kita melihat, semakin kita meningkat tahap dan taraf kehidupan, kita mula mengumpulkan aset dan hutang yang baru. Oleh kerana kita sentiasa terdedah kepada risiko dan kejadian yang tidak dingini, maka sudah tentu kita melihat cara bagaimana untuk mengatasi permasalahan tersebut jika timbul.

Contohnya jika semasa masih bersendirian, gaji mungkin RM2000 dan komitmen masih kurang. Tetapi semakin anda meningkat maju, dengan pendapatan RM30000 sebulan, anda berkemungkinan telah mempunyai bebanan hutang sebanyak RM1,000,000 dan aset sebanyak RM800,000 yang mana pada ketika ini sekiranya sesuatu berlaku kepada anda, hutang yang lebih besar tadi akan 'menelan' aset yang telah anda kumpulkan untuk keluarga dan insan tersayang, membuatkan segala hasil usaha anda selama ini hanyut begitu sahaja meninggalkan keluarga anda di dalam keadaan yang sukar.

oleh kerana itulah walaupun anda telah memiliki polisi takaful sedia ada, ia perlu disemak semula dari masa ke semasa bagi membolehkan ia berfungsi dengan mantap di saat-saat kecemasan yang tidak kita tahu bila ianya akan berlaku.


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page