Saya Baru Saja Bekerja, Kenapa Saya Perlukan Takaful?
- Zulkifli mohd noor
- Apr 8, 2015
- 2 min read
Soalan ini pernah bermain di fikiran saya 20 tahun dahulu dan pada masa itu, saya pun tak terfikir betapa pentingnya takaful. Yang pertama-tamanya, takaful tu apa? Insurans tu plak macamana, apa bezanya insurans dengan takaful? Pening aaaahhhh.... bak kata Shuib Maharaja Lawak.
Perbezaan Takaful dan Insurans boleh di dapati DI SINI.
Berdasar kaedah inilah maka mufti kerajaan Malaysia dan di seluruh dunia telah sebulat suara mengharamkan insurans dan menghalalkan takaful.
Apa pentingnya takaful kepada saya?
Sangat banyak. Pertama, anda akan menyimpan sebahagian daripada wang gaji anda ke dalam satu tabung berlandaskan syariah. Di sini sahaja anda telah membantu meningkatkan muamalat islamiah dan dibalas dengan pahala.
Kedua, anda telah berniat untuk membantu orang lain kerana wang anda akan sama-sama digunakan untuk membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Entah di Pulau Pinang, Johor Baharu, Kuala Ketil, Kuantan atau di Kota Bharu, kita tidak tahu. Kita sekali lagi telah menraih pahala di dalam usaha kita ini.
Ketiga, Anda akan memiliki simpanan yang boleh ditunaikan apabila tibanya usia persaraan. Pada masa itu, anda akan dapati betapa bertuahnya anda kerana telah menyimpan di dalam Takaful bermula di usia muda.
Keempat, Anda akan memiliki pelan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian dan kecacatan kekal. Cuba bayangkan sekiranya semalam berlaku kemalangan dan hari ini anda lumpuh sepenuhnya, adakah anda nak gunakan wang simpanan anda di dalam akaun simpanan untuk membayar kos rawatan anda? Tentu tidak.
Takaful Ikhlas akan memberikan cek wang pampasan kepada anda sebaik saja anda disahkan lumpuh akibat kemalangan. Begitu juga dengan kematian, anda akan dibayar keseluruhan wang pampasan tersebut. Dan yang penting, tiada post mortem dilakukan. Kesemua pelan takaful yang anda miliki akan diberikan badal haji dan sebahagiannya boleh anda wakafkan.
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...
Comments