top of page

Pelan Penggantian Hutang

 

Pelan penggantian hutang ini merupakan pelan yang menggabungkan perlindungan, simpanan dan pelaburan. Dengan pelan ini, anda akan mendapat pampasan yang sangat tinggi berbanding simpanan bulanan yang rendah. Sebagai contoh, seorang yang berusia 30 tahun dan menyimpan sebanyak hanya RM400.00 sebulan, jumlah perlindungan yang diberikan oleh Takaful Ikhlas Berhad kepada pemegang polisi adalah sehingga RM1,000,000.00.

 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebagai seorang Islam kita perlu melunaskan segala hutang kita kepada orang lain sebelum bertemu Allah Azzawajalla. Oleh kerana kewangan yang masih belum mengizinkan untuk melunaskan segala hutang, anda bolehlah mengambil satu pelan penggantian hutang ini dari Takaful Ikhlas Berhad dengan jumlah pampasan yang sama nilainya dengan hutang anda.

 

Kemudian anda boleh dapatkan perkhidmatan penulisan wasiat dari kami menerusi as Salihin Trustee Berhad dan nyatakan di dalam wasiat tersebut pembahagian-pembahagian hutang yang perlu diagihkan dari pampasan tersebut sekiranya berlaku kematian. Anda boleh nyatakan secara terperinci nama, alamat, no talipon dan maklumat pemiutang tersebut.

 

Pelan penggantian hutang ini sangat-sangat bernilai apabila berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal dan tidak mampu melakukan pekerjaan. Dengan pelan simpanan ini, anda boleh mendapat pendapatan tetap bulanan setiap bulan sampai bila-bila. 

 

Pelan penggantian pendapatan ini juga dikecualikan daripada cukai dan Takaful Ikhlas Berhad akan memberikan badal haji sekiranya kematian berlaku kepada pemegang polisi ini.

 

Untuk mendapatkan polisi ini, anda boleh mendaftar DI SINI.

bottom of page