Usahawan Multi Level dan Direct Selling.. Sila Baca.. Pesanan Ikhlas dari Perunding Takaful Ikhlas A
- Zulkifli mohd noor
- Apr 9, 2015
- 2 min read
Seruan di atas saya tujukan dengan ikhlas kepada para usahawan hebat, kental dan berjaya di dalam bidang multi level marketing dan direct selling. Kenapa? Saya sangat-sangat menghormati golongan ini kerana mereka sentiasa bersemangat waja untuk bertemu prospek dan meluaskan pasaran dan membantu downline-downline yang sentiasa dahagakan ilmu mereka bagaimana untuk berjaya.
Cumanya di sini saya ingin membawa kisah seorang kawan rapat yang saya anggap sebagai kakak saya. Beliau seorang usahawan produk kesihatan dan kecantikan yang sangat berjaya di sekitar Melaka. Akak ni dah berjaya mencatat pendapatan (pendapatan tau, bukan jualan) sehingga RM30,000 ke RM40,000 sebulan hasil jualan produk dan rangkaiannya yang sangat besar dan laju. Anaknya, Normuzaifah seorang yang sangat aktif menyertai parti politik, sentiasa menolong ibunnya di dalam urusan perniagaan, sentiasa bersedia memandu untuk bondanya keseluruh ceruk rantau tanah air ini untuk meluaskan pasaran.
Disamping itu dengan ketulusan dan hati yang suci, NorMuzaifah ini bersedia pula mengambil 3 orang anak angkat untuk dipelihara. Bayangkan dengan kewangan yang sangat hebat, keluarga ini dapat menjana pendapatan yang kukuh sambil menabur bakti membantu anak-anak yang terbiar. Satu kehidupan yang sangat sempurna dan menjadi idaman semua orang.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, bumi tak sentiasa panas, hujan pasti menimpa walaupun kadangkala renyai kadangkala lebat. NorMuzaifah ditimpa penyakit dan tidak sedarkan diri selama setahun. Segala wang hasil dari pendapatan direct selliing telah habis digunakan untuk rawatan. Bil dan ansuran rumah sudah lama tidak berbayar. Ayah Muzaifah yang bekerja sebagai guru besar terpaksa meminjam along sebanyak RM22000 dan kad ATM nya pula dipegang oleh along.
Saya membuatkan sebuah laman web kepada Muzaifah di normuzaifah.blogspot.com dan menghantar kisahnya di laman-laman web lain untuk memohon bantuan. Apabila saya bertanya kepada bondanya, tak pernah ke akak ada mana-mana perlindungan takaful mana-mana sebelum ini? Bondanya memberitahu saya sambil menangis.... Takda Zull... Akak tak pernah terfikir untuk mengambil apa-apa polisi takaful dengan mana-mana syarikat atau agen. Itulah silapnya akak.
Kini telah bertahun NorMuzaifah meninggalkan kami menghadap Ilahi. Semoga NorMuzaifah tenang di sana dicucuri rahmat Allah Azzawajalla. Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua. Kepada para leadr hebat di dalam multi level dan direct selling. Asingkan sedikit pendapatan anda yang hebat itu untuk kegunaan di saat tidak terjangka. Jika susah membayar bulanan, bayar sahaja tahunan... mudah, Diskaun pun dapat. Dapat ditolak lagi dari cukai pendapatan.
Saya mendoakan semua leader-leader hebat diluar sana sentiasa di dalam kesihatan dan rahmat Allah S.W.T. Jika anda mencari pelan medikal, hospital dan penyakit kritikal... boleh hubungi saya Zull di talian 016 2161729.
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...
Comments