top of page

Pelan Pengarah Syarikat

 

Anda seorang yang berjaya di dalam perusahaan anda dan mempunyai sebuah syarikat yang mempunyai aset yang banyak dan pekerja yang ramai. Anda merupakan nadi kepada perkembangan dan pertumbuhan syarikat dan andalah orang yang terpenting di dalam organisasi anda.

 

Insan istimewa sebegini memerlukan pelan simpanan dan perlindungan yang istimewa juga. Kami di takaful Ikhlas Berhad melihat anda sebagai nadi perusahaan anda yang perlu dilindungi dari sebarang musibah. Dengan Pelan Perlindungan Berkait Dengan Pelaburan, syarikat boleh melindungi anda dengan pampasan yang setara dengan nilai diri anda.

 

Anda perlu dilindungi dengan nilaian berjuta ringgit bagi menimbang tara kerugian yang bakal dialami oleh syarikat sekiranya anda mengalami kecacatan kekal atau pun kematian. Namun begitu, polisi anda akan ditanggung oleh syarikat kerana syarikatlah yang akan menerima kesan langsung dari kehilangan upaya anda. Pembayaran caruman bulanan ini boleh dikecualikan dari cukai dan anda akan memiliki pakej badal haji secara percuma dari Takaful Ikhlas Berhad sebaik sahaja syarikat bersetuju mendapatkan pelan perlindungan pengarah syarikat ini.

bottom of page