top of page

Sebelum Anda Melakukan Sebarang Kerja, Pastikan Anda Di Lindungi

Setiap dari kita mencari rezeki sebagai punca pendapatan untuk diri dan keluarga. kebanyakkannya bekerja di pejabat dan ada juga yang membuat kerja sampingan di luar ataupun sememangnya kerja di luar adalah kerja yang hakiki.

Sebagai seorang perunding risiko dan perlindungan, kita sentiasa berbincang tentang terdedahnya kita kepada kemalangan yang tidak berbau. Risiko ini terbahagi kepada 2: risiko yang disebabkan diri sendiri dan risiko yang disebabkan oleh orang lain. Namun begitu, kedua-duanya pasti mendatangkan natijah yang sama... samada kita kecedara atau berlaku kematian. Jika tercedera, ada 2 kemungkinan, pertama kita masih boleh bekerja dan kedua kita lumpuh seumur hidup.

Di dalam kesemua keadaan yang saya nyatakan tadi, masih ada peluang untukita membina hidup untuk kali yang kedua. Bagi yang berlaku kecederaan dan memerlukan rawatan, kami di Takaful Ikhlas berhad memberikan pelan rawatan dan penyelesaian bil hospital sehingga RM500,000 kepada anda.

Bagi yang mengalami kecacatan lumuh atau cedera kekal sehingga disahkan tidak boleh bekerja, kami mempunyai pelan perlindungan pendapatan bagi membolehkan anda mendapat pendapatan berterusan sampai bila-bila.

Bagi yang mengalami kematian dan pergi buat selama-lamanya, kami akan memberikan waris anda pampasan yang telah anda persetujui sebagai ikhtiar untuk kehidupan waris anda seterusnya. Di samping itu, kami juga akan menghadiahkan badal haji kepada anda secara percuma dan ini satu lagi pemberian kami yang terakhir untuk anda menggugurkan kewajipan melakukan haji yang tidak sempat dilakukan sewaktu hidup.

Sekiranya anda inginkan khidmat nasihat perundingan ini, anda bolehlah menghubungi nombor yang tertera dan kami sentiasa membuka pintu untuk membantu anda.


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page