top of page

takaful Ikhlas Berhad Memenangi Anugerah Operator Terbaik Malaysia oleh Global Banking and Finance R


25 May 2015

Kuala Lumpur, 25 Mei 2015 – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang usianya mencecah 13 tahun, mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.

“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif. Anugerah ini dapat mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap kami.”, kata Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad.

“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia telah diiktiraf sebagai satu "jenama" dinamik dan terbaik yang dikenali ramai”, jelas Ab Latiff.

''Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful IKHLAS untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Ab Latiff.

“Anugerah ini menguatkan lagi azam dan komitmen Takaful IKHLAS untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan. Kami sentiasa menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami”, ujar Ab Latiff.

“Takaful IKHLAS sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara ini khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Ab Latiff lagi.

Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh 200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam komuniti kewangan global. Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global. Ia melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.

Mengenai Takaful Ikhlas Berhad Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam. Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur. Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.

(Artikel dipetik dari laman web Takaful IKHLAS Berhad)


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page