top of page

Perlukah Saya Bertanya Kepada Orang Lain Untuk Mengambil Polisi Takaful Ikhlas?

Assalamualaikum......

Perlukah saya mengambil pelan perubatan? Perlukah saya mengambil pelan pampasan kematian dan keilatan kekal? Perlukah saya mengambil pelan penyakit kritikal?

Benar... Kesemuanya terletak di tangan kita. Kemampuan kita. Keinginan kita. Tetapi yang lebih penting lagi... Adakah kita benar-benar sayangkan keluarga kita? Bagaimana kita menunjukkan kesayangan kita kepada keluarga? Adakah kita menunjukkan kasih sayang hanya semasa kita ada.... Ataupun adakah kita meninggalkan mereka dengan penuh kasih sayang untuk meneruskan hidup ini?

Kebanyakkan dari kita lupa... Kita hanya menunjukkan kasih sayang semasa ada di depan kita.... tapi bila kita tak ada, LANTAK KORANG LAH PANDAI-PANDAI NAK HIDUP... ALLAH TAALA AKAN JAGA KORANG...

Ni bukan nak cakap kasar... Tapi itulah hakikatnya. Kita membelikan segala kehendak anak dan isteri kita semasa kita hidup... tetapi kita tidak langsung meninggalkan bekalan untuk mereka sekiranya berlaku kematian kepada kita. Sedangkan.... semasa kita tiada itulah ahli keluarga sangat-sangat memerlukan perhatian kita, wang belanja dari kita, kasih sayang dari kita. Sudahlah kita dah tiada di dunia ini... langsung tiada apa-apa wang simpanan yang ditinggalkan kepada mereka.

Sanggupkah kita melihat anak-anak kita meminta-minta pada saudara mara, jiran dan rakan-rakan kita untuk meneruskan hidup? Sanggupkah kita melihat isteri kita terpaksa keluar bekerja untuk menyara anak-anak kita? sanggupkah kita melihat isteri kita terpaksa berkahwin lain semata-mata untuk membesarkan anak-anak kita?

Bukan nak mencagarkan nyawa kita kepada takaful tetapi renungkanlah Surah Al Baqarah ayat 240 yang bermaksud

240. Orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah sampai setahun tanpa disuruh pindah (dari rumah). Tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau ahli waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Allah Azzawajalla telah menunjukkan jalan keluar bagi umat Islam untuk melaksanakan takaful kepada diri umat Islam... Perhatikanlah mata anak-anak... Perhatikanlah mata Isteri yang tercinta... Apakah kita akan membiarkan mereka merana ketika kita tiada? Atau kita hanya berpura-pura mengasihi mereka ketika kita ada bersama mereka...........


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page