top of page

Penjawat Awam - Sebelum Bekerja, Pastikan Anda Dah Ready!!!


Apa yang kena ready tu? Ada perkara yang sangat mustahak untuk anda siapkan sebelum anda memulakan hari bekerja anda.

Ini adalah gambar saya diambil pada tahun 1971 bersama ayah saya di Kampung baru, Kuala Lumpur. Arwah ayah saya ini adalah seorang anggota polis dan bersara berpangkat Sub Inspector.

Sebaik sahaja arwah ayah saya bersara pada tahun 1983, beliau diserang penyakit angin ahmar atau lebih dikenali sebagai stroke. Penyakit ini menyebabkan lumpuh di sebelah badan dan menyebabkan arwah ayah saya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pada waktu arwah ayah saya diserang stroke, saya sedang menghadapi peperiksaan SRP.

Sebagaimana sedia maklum, ayah saya mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan dan ditempatkan di wad kelas 1 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Arwah ayah saya dirawat selama 14 hari dan dalam tempoh tersebut, kos rawatan adalah sangat minimum.

Namun begitu, apa yang menjadi cabarannya adalah sebaik sahaja keluar dari hospital. Dengan pencen sebagai Sub Inspector Polis sebanyak RM1180 sebulan dan kos menyekolahkan saya, bapa saya perlu berdikit-dikit menggunakan wang yang masih berbaki untuk membeli ubat-ubatan, berurut, dan rawatan susulan. Disebabkan pergerakan yang terbatas, perjalanan ke sana sini perlu menggunakan wang kerana perlu memberi upah kepada orang yang menolong membawakan kereta.

Akhirnya, arwah ayah saya terpaksa menjual tanah untuk menampung kos rawatan berterusan yang seolah-olah tidak akan menyusut. hasil jualan tanah itulah untuk menampung kos rawatan dan kos menyambung pelajaran saya ke universiti.

Bayangkan dengan wang yang masih berbaki, arwah ayah saya berusaha mengawal perbelanjaan rawatan dan kos pengajian saya di institusi pengajian tinggi. Arwah ayah saya meninggal dunia 15 tahun kemudian dan banyak wang habis digunakan untuk kos rawatan beliau.

Inilah sebagai satu pengajaran kepada para penjawat awam bahawa walaupun kita mempunyai skim perubatan dari pihak kerajaan, kos penyakit kritikal selepas keluar dari hospital masih perlu ditanggung sendiri oleh pesakit.

Bayangkan sekiranya arwah ayah saya pada masa itu memiliki pelan pampasan penyakit kritikal, sudah tentulah beliau dapat menggunakan wang pampasan dari pihak takaful untuk kos rawatan dan sebagainya.

Oleh itu, pesanan saya kepada para penjawat awam di jabatan kerajaan dan badan berkanun, dapatkan pelan pampasan penyakit kritikal untuk diri anda sendiri. sayangilah wang anda dari dihabiskan kepada membayar kos rawatan.

Dengan Takaful Ikhlas Berhad, kami mempunyai sebanyak 40 penyakit kritikal yang dilindungi dengan jumlah caruman bulanan yang sangat rendah. Hubungi Norizan di talian 016 2347 5594 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pelan pampasan penyakit kritikal kami juga mempunyai badal haji dan wakaf.


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page