top of page

Wakaf

 

Wakaf merupakan pemberian seseorang itu untuk kegunaan dan kemaslahatan umum umat Islam. Pahala yang diperolehi sangatlah banyak di samping ianya akan berterusan sehingga hari qiamat selagi ianya digunapakai oleh masyarakat.

 

Definasi Wakaf mengikut syarak adalah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan keadaan fizikalnya dan hasil daripada aset tersebut digunakan untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

 

Al Quran menyatakan

 

Perbandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan... Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

al Baqarah ayat 261

 

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kami dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya.

al 'Imran ayat 92

 

Hadith Nabi Muhammad S.A.W

 

Dari Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya"

Hadith riwayat Muslim

 

Ijma

 

Imam al Qurthubi berkata:

Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (disepakati) di antara para sahabat Nabi.

Abu Bakar As Siddiq, Umar Ibnu Khattab, Uthman ibnu Affan, Ali bin Abi Talib, Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir.... seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka itu samada di Makkah mahupun di Madinah sudah dikenali masyhur oleh khalayak ramai (Rujuk: Tafsir al Qurthubi: 6/339, al Mustadrah 4/200)

 

Dengan takaful Ikhlas Berhad, anda mampu untuk berwakaf pada jumlah yang banyak dengan caruman bulanan yang rendah. Sebagai contoh:

 

Sekiranya anda berusia 30 tahun dan menyimpan jumlah minima sebanyak RM84.00 sebulan, anda telah pun memiliki perlindungan takaful sebanyak RM100,000.00. Dari jumlah tersebut, anda boleh mewakafkan sebanyak 1/3 dari jumlah tersebut yang menjadikan jumlah wakaf anda adalah sebanyak RM33,333.33. Disamping itu, anda juga akan menerima badal haji percuma dari pihak Takaful Ikhlas berhad bagi memenuhi tuntutan kefarduan rukun Islam ke lima anda.

 

Takaful Ikhlas Berhad membantu anda untuk melindungi diri anda, keluarga dan orang tersayang disamping membantu anda beramal jariah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

 

Hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang produk yang anda inginkan.

bottom of page