top of page

Usahawan dan Pemilik Syarikat

 

Sebagai seorang usahawan dan peneraju syarikat, anda merupakan aset yang sangat bernilai kepada syarikat dan para pekerja anda. Anda merupakan tulang belakang yang menentukan masa depan syarikat samada cemerlang ataupun sebaliknya.

 

Memandang anda merupakan insan yang paling berharga di syarikat anda, Takaful Ikhlas mempunyai pelan simpanan dan perlindungan yang akan melindungi anda dengan bayaran yang tidak membebankan syarikat yang sedang beroperasi.

 

Anda boleh mendapatkan satu pelan perlindungan yang mempunyai pampasan yang sama nilainya dengan kerugian yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan ataupun kematian kepada diri anda. Begitu juga dengan pekerja yang paling penting di dalam syarikat anda, anda boleh mendapatkan pelan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian kepada pekerja ini. Pampasan yang diterima adalah bertujuan untuk menampung sedikit kerugian yang berlaku sementara untuk mendapatkan pekerja pengganti yang berkelayakan dan setaraf dengan pekerja yang pertama itu tadi. Dengan caruman simpanan bulanannya dibayar oleh syarikat anda, anda mempunyai kelapangan fikiran dan semangat yang lebih tinggi untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikat anda.

 

Pelan Eksekutif Syarikat ini membolehkan syarikat menerima pampasan di atas pemergian anda dan waris atau rakan niaga anda tidak akan terbeban dengan kehilangan orang yang penting di dalam syarikat. Ini akan menjamin kelangsungan kehidupan waris anda dengan tidak dibebani hutang dan permasalahan syarikat yang ditinggalkan. Sekiranya pekerja yang dilindungi ini berhenti berkhidmat di syarikat anda, maka anda akan menikmati nilai tunai dari simpanan yang telah dibuat kepada pekerja anda ini.

 

Takaful Ikhlas Berhad juga akan mengerjakan badal haji kepada anda sekiranya anda tidak sempat mengerjakan haji ke masjidil Haram. 

 

Disamping itu, pembayaran simpanan pelan eksekutif ini juga mendapat pengecualian cukai syarikat bagi setiap tahun kewangan.

bottom of page