Kenapa Takaful Penting Untuk Cukai Pendapatan Anda
- Zulkifli mohd noor
- Apr 9, 2015
- 1 min read
Setiap dari kita sentiasa berkira-kira untuk berbelanja sekarang ini, lebih-lebih lagi setelah dah kena GST ni. Hmm... Macam-macam orang istilahklan GST ni. Cukai perkhidmatan ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana kerajaan telah mengenakan cukai tersebut kepada semua barang-barang keperluan kita. Habis tu, apa lagi yang tinggal untuk kita? Jangan bimbang. Masih ada harapan untuk kita lagi.
Dengan mengambil satu polisi takaful, anda masih boleh mendapatkan pengecualian cukai sehingga RM6,000 setahun berdasarkan polisi takaful anda. Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM6,000 setahun di takaful Ikhlas, anda telah menyimpan dengan amaun lebih kurang RM500.00 sebulan. Di Takaful Ikhlas, dengan caruman sebanyak RM500.00 sebulan, pada usia 30 ke 40 tahun, anda layak untuk mendapat perlindungan sehingga RM1,000,000. Ini bermakna, sekiranya berlaku kemalangan dan mengakibatkan kecacatan kekal atau kematian, anda atau waris anda layak mendapat pampasan sebanyak RM1,000,000 ini.
Tahukah anda, dengan Takafl Ikhlas, sekiranya anda mendapat perlindungan RM1,000,000 ini, dan sekiranya berlakulah kemalangan sehingga menyebabkan kecacatan kekal, anda masih boleh mendapat pendapatan berterusan sehingga ke akhir hayat.
Sekiranya anda belum memiliki perlindungan Takaful, dapatkannya sekarang, DISINI. kami sentiasa bersedia membantu membolehkan anda mendapat yang terbaik di dalam hidup anda dengan keluarga tersayang.
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...
Comments