top of page

Pelan Pendidikan Anak-Anak

 

Pendidikan merupakan suatu yang sangat penting kepada generasi pewaris kita. Dengan pendidikan, anak-anak kita akan dapat meneruskan hidup dan menjadi pemimpin di masa hadapan. Dengan peningkatan kos dan sara hidup di masa hadapan, dijangkakan nilai wang pada masa kini akan menjadi semakin kecil dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pengajian tinggi anak anda.

 

Pelan pendidikan anak-anak dari Takaful Ikhlas Berhad mencantumkan skim simpanan dan perlindungan yang sangat menguntungkan. Anak yang seawal 40 hari telah boleh ditakafulkan dengan caruman yang sangat minima. Anak anda akan dilindungi sehinggalah tempoh matang polisi pada usia 18 tahun ataupun pada 21 tahun.

 

Bagi diri pembayar iaitu ibu bapa, sekiranya malang tidak berbau berlaku sehingga menyebabkan kehilangan upaya ataupun kematian, caruman bulanan untuk anak-anak anda akan dilupuskan dan perlindungan untuk anak-anak anda akan terus berjalan sehinggalah tempoh matang. Pada usia 18 ataupun 21 tahun, jumlah tabungan yang ada di dalam simpanan akan diberikan dan wang tersebut bolehlah digunakan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

 

bagi ibu bapa ataupun pembayarnya pula, sekiranya berlaku kematian, kami di Takaful Ikhlas Berhad dengan penuh ketulusan hati akan melaksanakan badal haji dengan percuma bagi melunaskan tuntutan rukun Islam yang ke 5.

 

Caruman bulanan pelan ini kepada Takaful Ikhlas Berhad boleh dikecualikan dari cukai pendapatan pembayar polisi ini.

bottom of page