top of page

Sedang Bersara

 

Sebagai seorang yang telah tamat perkhidmatan, anda tentulah telah mempunyai simpanan yang mencukupi hasil dari titik peluh anda selama ini. Inilah masanya untuk anda menuai segala hasil yang telah di baja dan di semai di dalam tabung wang simpanan perkerja, keuntungan dari unit amanah yang anda laburkan, pelan takaful yang melindung anda yang telah matangdi usia persaraan, keuntungan terkumpul tabung haji dan sebagainya.

 

Sekiranya anda telah mengambil pelan perubatan sewaktu bekerja dulu, anda tidak perlu risau kerana tempoh layak untuk perubatan adalah sehingga 70 tahun.

 

Sekiranya anda telah mempunyai pelan perlindungan kecacatan kekal dan kematian, anda tidak perlu risau kerana waris-waris anda akan menerima manfaat dari Takaful Ikhlas untuk meneruskan kehidupan.

 

Sekiranya anda telah memiliki kesemua pelan simpanan dan perlindungan yang dinyatakan di atas, anda tentulah telah memiliki badal haji yang mana sekiranya anda meninggal dunia, kami di Takaful Ikhlas Berhad akan bersegera mengerjakan haji untuk anda di dalam musim haji yang akan datang. Alhamdulillah....

 

Sekiranya anda telah memiliki kesemuanya, Alhamdulillah.... tetapi...

 

sekiranya sekarang ini anda masih belum memiliki apa yang dinyatakan di atas, kami menasihatkan anda kembali KE SINI, kerana di usia persaraan anda memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000,000.00 untuk kehidupan yang selesa. Kenapa? Sila lihat DI SINI.

 

Setelah anda memiliki kesemua yang dinyatakan di atas, anda boleh bersara dengan tenang dan lapang.

Di sini kami ingin mencadangkan satu pakej penulisan wasiat yang mana di dalam wasiat tersebut, anda boleh menulis segala hutang-piutang, senarai harta, senarai simpanan dan unit amanah, yang mana wasiat ini akan disimpan oleh as Salihin Trustee Berhad dan peguam syariah kami akan membantu waris-waris anda untuk melunaskan segala hutang-hutang yang masih tinggal dan mengagih-agihkan harta pusaka peninggalan anda kepada waris anda.

 

Anda akan dibekalkan 2 kad yang menunjukkan anda telah membuat penulisan wasiat dengan as Salihin, panel penulisan wasiat kami, dan anda bolehlah menyimpan kedua-duanya di tempat selamat, satu di dalam dompet anda dan satu lagi di dalam peti besi di rumah anda.

 

Apabila berlaku kematian, waris akan membuka dompet untuk membuat laporan kematian dan sudah tentu akan melihat kad tersebut. Waris hanya perlu menalipon nombor yang tertera pada kad dan peguam syariah kami akan menghubungi waris-waris untuk urusan pembacaan wasiat. Di waktu pembacaan wasiat, terpulanglah kepada para waris untuk menguruskan harta pusaka tersebut mengikut nasihat daripada peguam syariah kami.

 

Dengan kami, anda dapat menguruskan kewangan anda bermula dari usia yang muda, peringkat pertengah umur sehinggalah ke usia persaraan. InsyaAllah..... dengan pengurusan harta pusaka yang terancang dan badal haji yang telah diamanahkan, insyaAllah segala urusan anda di dunia telah selesai.

bottom of page