top of page

Menghampiri Usia Bersara

 

Tempoh perkhidmatan yang panjang adalah satu bonus untuk anda. Memang benar satu bonus. Pertama, syarikat sangat mempercayai anda. Kedua, Alhamdulillah Allah S.W.T memberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk berkhidmat di syarikat sekarang ini.

 

Alhamdulillah..... Sekiranya anda di dalam lingkungan 50an, anda telah pun boleh mengeluarkan sebahagian daripada KWSP anda. Ataupun di peringkat usia sebegini, sudah tentulah gaji anda sudahpun di peringkat stabil, banyak simpanan dan kebanyakkan daripada hutang anda telah pun dilangsaikan.

 

Kami di Takaful Ikhlas mempunyai pelan simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda meningkatkan lagi tabungan sementara menunggu waktu persaraan anda, yang dijangkakan dalam beberapa tahun lagi. Simpanan kami membolehkan anda menikmati keuntungan dari unit amanah yang memberikan pulangan yang baik dalam 5 tahun secara puratanya..... dan pada masa yang sama anda dilindungi oleh perlindungan sebanyak 125% dari pokok simpanan anda. Ini bermakna sekiranya berlaku kematian atau kecelakaan yang menyebabkan kecacatan kekal, pemegang polisi akan menerima 125% dari simpanan asal.

 

Di samping itu, kami juga memberikan badal haji percuma kepada pemegang polisi sebagai persediaan sekiranya tidak berkesempatan untuk mengerjakan haji ke tanah suci. 

 

Setiap ringgit yang anda simpan di dalam tabungan kami, anda layak untuk mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan.

bottom of page