top of page

Produk dan Perkhidmatan

 

Takaful Ikhlas menyediakan pelan perlindungan dan simpanan yang memenuhi keperluan setiap peringkat usia dan tahap kehidupan anda. Dengan produk yang berlandaskan hukum syariah sepenuhnya dan antara yang terbaik di pasaran, kami menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan dan proses tuntutan yang mudah dan pantas.

Pelan Simpanan & Persaraan

Pelan Simpanan dan persaraan merupakan pelan yang paling penting dan perlu bagi setiap orang. Dengan inflasi yang semakin meningkat, nilai ringgit yang semakin jatuh, harga barang yang semakin meningkat, anda memerlukan satu pelan yang dapat membertahankan nilai wang anda di masa hadapan.

Pelan Perlindungan Pendapatan

Pelan yang direka sebegitu unik  bagi memastikan anda dapat meneruskan kelangsungan hidup sekiranya kemalangan berlaku kepada anda. Seperti suatu anugerah yang tidak ternilai apabila anda tidak boleh bekerja tetapi masih boleh meneruskan gaya hidup seperti sediakala sampai bila-bila.

Pelan Wanita Elegan

Pelan istimewa untuk golongan yang istimewa pula. Dengan pelan ini, anda dilindungi daripada penyakit dan musibah yang biasa dialami oleh kaum hawa. Dengan manfaat-manfaat yang tirkini dan khusus untuk golongan wanita, anda pasti teruja dengan perlindungan yang ditawarkan. Pastikan anda memilikinya!

Pelan Pendidikan

Sebagai peneraju keluarga yang mengasihi dan menyayangi keluarga tercinta, anak-anak memerlukan sepenuh kasih sayang dan pendidikan yang terbaik demi masa depan anda. Dengan simpanan berpelindungan dari Takaful Ikhlas Berhad, anda mampu berlapang dada kerana masa depan anak-anak anda terjamin.

Pelan Perubatan

Pelan yang sentiasa berada di sisi anda untuk memastikan anda menerima rawatan yang terbaik setiap masa, di mana-mana jua anda berada. Seperti memiliki pasukan perubatan sendiri, anda boleh memasuki mana-mana hospital panel kami yang bertaraf elit dan anda cuma perlu mengemukakan kad medikal yang kami bekalkan.

Pelan Perwarisan Harta

Pelan simpanan dan perlindungan yang menjadi pilihan para VIP kami yang inginkan kesejahteraan hidup waris dan kaum kerabat mereka. pelan yang menawarkan perlindungan dan pampasan yang tinggi berbanding dengan jumlah caruman setiap bulan yang rendah. Menjadi warisan yang tidak ternilai bagi peneraju generasi anda.

bottom of page