top of page

Pelan Persaraan

 

Pelan persaraan dan simpanan ini bukanlah bermakna anda mula mengambilnya di waktu persaraan, tetapi anda perlu mengambilnya sekarang! Benar, tidak kira apa pun usia anda, anda perlu mempunyai pelan persaraan kedua selepas simpanan di KWSP kerana kajian telah menunjukkan bahawa majoriti penyimpan KWSP akan habis duit simpanan dalam tempoh 3 tahun, kembali bekerja selepas tempoh tersebut dan hidup miskin selepas 10 tahun bersara dari perkhidmatan. Sekiranya anda sakit pula, anda akan hidup di dalam keadaan yang lebih derita.

 

Apa akan jadi sekiranya di usia 59 tahun wang simpanan anda telah habis sedangkan kita tidak tahu bila penghujung usia kita? 

 

Menyimpanlah di Pelan Simpanan Premier takaful Ikhlas dan jadikannya sebagai pelan persaraan kedua anda. Anda akan mendapat pengecualian cukai dari simpanan anda dan anda mendapat keuntungan jangka panjang apabila anda mengambil pelan simpanan ini.

 

Anda juga akan menerima pampasan akibat kecacatan kekal yang disebabkan kemalangan dan jumlah yang sama sekiranya berlaku kematian. Wang pampasan itu bolehlah dihibahkan (pemberian) kepada waris dan keluarga anda.

 

Anda juga akan memiliki badal haji percuma sekiranya anda masih tidak sempat mengerjakan ibadah haji di waktu usia anda. Kami di Takaful Ikhlas akan mengerjakan haji anda di musim haji yang terdekat dengan waktu meninggal dunia.

bottom of page