top of page

Pelan Waqaf

 

Sebagai insan mukmin yang sentiasa mendekatkan diri kepada PenciptaNya, anda tentulah tercari-cari cara dan bagaimana kaedah untuk mendapatkan habuan kebajikan berterusan apabila anda berada di alam barzakh nanti. Kebanyakkan daripada kita, jauh di sudut hati sememangnya mempunyai niat tulus suci untuk melakukan waqaf sebagai satu-satunya harapan untuk meninggalkan warisan ibadah berterusan sehingga ke hari qiamat.

 

Dengan Takaful Ikhlas Berhad, disamping anda melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda, anda boleh mengasingkan sebahagian daripada nilai pampasan yang bakal diperolehi oleh waris anda untuk tujuan waqaf. Nilai waqaf ini tidak boleh melebihi 1/3 dari keseluruhan nilai pampasan dan jumlah yang diwaqafkan itu akan disalurkan kepada Waqaf Selangor untuk tujuan pembangunan dan pembinaan projek-projek waqaf di seluruh Negeri Selangor.

 

Sebutir pasir yang anda sumbangkan untuk tujuan waqaf akan menjadi sangat besar pahalanya di akhirat kelak, apatah lagi sekiranya anda menyumbangkan 1/3 pampasan anda yang bakal diterima oleh waris anda yang mana jumlahnya mungkin beribu atau beratus ribu. sesungguhnya amalan kebajikan yang anda lakukan akan berterusan setiap detik, selagi digunakan oleh orang Islam, bukan Islam mahupun haiwan sehinggalah tibanya hari qiamat. pada masa itu, anda akan menerima habuan pahala yang tidak disangka-sangka hasil dari pemberian waqaf anda sendiri. Maka beruntunglah bagi mereka yang telah membelanjakan harta mereka ke jalan Allah S.W.T dan sesungguhnya Allah S.W.T akan tiada memberikan balasan yang lebih setimpal dengan amalan ini melainkan syurga.

 

Pelan waqaf ini boleh dilakukan dengan mana-mana pelan yang anda ambil dari Takaful Ikhlas berhad dan anda hanya perlu menyatakan berapa peratuskah yang ingin diwaqafkan dari nilai pampasan yang bakal diperolehi.

 

Pelan yang diambil juga akan menerima pengecualian cukai pendapatan. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Waqaf ini.

bottom of page