top of page
Biarlah kami yang menanggung kos rawatan ketika anda sakit. Biarlah kami menjaga sara hidup keluarga anda ketika anda tiada lagi di dunia ini. Semoga anak dan isteri anda tidak meminta-minta kepada orang ramai sedangkan anda sangat menyayangi mereka.
Produk Islamik Sepenuhnya
TAKAFUL IKHLAS BERHAD
Alhamdulilllah... kos rawatan kanser saya yang berjumlah RM180,000 telah ditanggung sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas Berhad.
Puan Robaeyah, Kajang
Nasib baiklah arwah suami saya memiliki polisi Takaful Ikhlas bernilai RM1juta. Jika tidak, akak tak tahu bagaimana nak menyara 5 orang anak yang masih kecil dengan tanpa pekerjaan.
Puan Zaridah, Kepala Batas
Hubungi Kami
Norizan : 0116 290 6279
Keperluan Anda adalah Keutamaan Kami
Perbandingan Takaful dan Insurans
Ramai yang masih tidak memahami apa yang dikatakan sebagai takaful berbanding dengan insurans. Adan yang mengatakan bahawa takaful itu perkataan arab dan insurans itu adalah perkataan inggeris. Dan lebih malang lagi, ada yang lebih ekstrim lagi mengatakan bahawa takaful dan insurans itu adalah sama.
Untuk pengetahuan kita bersama, kedua-duanya adalah berbeza dan sangat jauh pengertiannya. Tambahan pula, kedua-duanya adalah berbeza hukumnnya. Memang benar takaful dan insurans melindungi para pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan dan musibah. Namun begitu, operasinya adalah jauh berbeza.
Insurans konvensional tidak terlepas dari unsur riba, maisir (judi) dan gharar (ketidak pastian). Insurans konvensional tidak mempunyai jawatankuasa syariah untuk menentukan dari mana dan ke mana wang caruman dilaburkan. Kaunter pelaburan yang dipilih lebih menitikberatkan pulangan untung yang diperolehi berbanding staus halal atau pun tidak. berikut
Berikut adalah perbandingan di antara kedua-duanya:
Takaful mengambil konsep sebagaimana yang telah disarankan oleh Allah Azzawajalla di dalam al Quran sebagaimana ayat-ayat berikut:
i)" Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan"
al-Maidah, ayat 2
ii) "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa.
Surah Al Baqarah: 180
iii) "Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Hadis riwayat Bukhari
iv) "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia"
Hadis riwayat Ibnu Majah
Jadi jelaslah sebagai seorang Islam yang sangat mematuhi ajaran dan suruhan Allah S.W.T. maka sudah pastilah kita memilih muamalat Islamiah berbanding sistem kewangan yang tidak berlandaskan syariat Islamiah. Apa yang penting adalah kita hendaklah sentiasa mempunyai perlindungan untuk diri kita bagi menjamin kesejahteraan hidup keluarga kita.

bottom of page