Pemakanan Organik Sangat Penting Untuk Kesihatan
- Zulkifli mohd noor
- Apr 9, 2015
- 2 min read
Saya mempunyai seorang kawan (pangkat kakak) yang sangat cekal dan tabah. Sebab apa? Kak Su (panggilan mesra kami) membesarkan 2 orang anaknya dari berusia 3 dan 4 tahun sehinggalah besar panjang dan dah berkahwin dengan duit hasil dari pampasan insurans kematian suaminya sebanyak RM1juta. Itu sebelum dia tahu perbezaan antara Insurans dan takaful.
Kak Su sangat menitikkan halal haram setelah dia tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh mengambil polisi isurans tetapi ingin mendapatkan polisi takaful dengan saya. Jadi saya pun buatkan satu polisi untuknya. Katanya dia nak buat polisi RM1juta supaya bila berlaku apa-apa kepadanya, dia akan memberikan samarata RM1juta tersebut kepada kedua anaknya.
Di sinilah bermulanya peranan pemakanan organik bermula. Disebabkan usianya dah melebihi 50 tahun, dia memerlukan pemeriksaan doktor untuk kelulusan polisi Rm1jutanya itu. Pada peringkat permulaan, pemeriksaan doktornya gagal kerana ujian ketahanan stress yang dibuat di hospital berkeputusan negatif. Stress ini berpunca daripada laur darah yang agak sempit dan menyebabkan jantungnya mengepam dengan laju.
Apa yang saya lakukan adalah dalam tempoh 3 bulan, saya telah mengajaknya mengamalkan pemakan organik dan mengajaknya berjogging setiap hujung minggu di taman rekreasi berhampiran rumahnya.Satu keajaiban berlaku. Apabila ujian kesihatan kali keduanya dibuat, ujian MRI jantung dan pembuluh darahnya menunjukkan salur darah yang besar dan jelas tiada penyumbatan berlaku. Subhanallah. Dan keputusan pemeriksaan doktor menunjukkan jantungnya sangat sihat, doktor terkejut. Disamping itu, underaiter juga telah meluluskan permohonan polisi RM1jutanya tanpa sebarang loading atau tambahan rider. Seolah-olah permohonan anak muda yang tiada masalah jantung!
Akhirnya, Kak Su berjaya mendapatkan polisi takafulnya dan dengan senang hati kini dia bersemangat melaksanakan kerja-kerja hariannya... iaitu jaga cucu! Alhamdulillah. Apabila kita telah mempunyai pelan perlindungan, kita akan berasa sangat bersemangat. Kita tahu, kemana saja kita pergi, pihak takaful akan melindungi kita sekiranya berlaku kemalangan. Begitu juga dengan kad medikal, sekiranya berlaku kemalangan, kita tidak akan mengeluarkan wang simpanan kita untuk membayar bil hospital, tetapi pihak takaful lah yang akan membayar kesemua bil-bil tersebut.
Bagi anda yang berjaya di dalam apa juga bidang yang anda ceburi, dapatkan satu pelan takaful yang dapat menjamin kesihatan dan kehidupan anda, supaya anda lebih bersemangat di dalam apa jua yang anda lakukan.
Dan yang penting, pelan takaful kami mempunyai pemberian badal haji percuma kepada anda. Ini adalah untuk menjamin supaya anda lepas dari bebanan melakukan ibadah rukun ke 5 di dalam Islam sekiranya berlaku kematian yang tidak diduga. Kan ke bagus Takaful ikhlas ni!
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...
Comments