Perlukah Seorang Eksekutif Muda Memiliki Lebih Dari 1 Pelan Takaful?
- Zulkifli mohd noor
- Apr 8, 2015
- 1 min read
Anda seorang berkerjaya, baru lepasan universiti dan menjawat jawatan di peringkat pertengahan dan menjadi orang yang penting di dalam syarikat. Anda masih bujang dan merancang untuk bekerja kuat beberapa tahun.... memiliki kereta 'sukan' (sportlah!), menginap di rumah sewa bertaraf menengah, merancang membeli rumah di kawasan elit, mempunyai kedua orang tua yang telah tua tetapi sangat menyayangi anda, beberapa orang adik beradik yang sangat perihatin dengan diri dan kejaan anda.
Ini adalah imej yang menjadi idaman semua anak muda, lasak dan berani menghadapi cabaran. Sememangnya ramai di luar sana yang menjalani kerjaya yang berjaya mahu pun yang menjalankan perniagaan sendiri, online mahupun offline. Namun begitu, di dalam kerancakan kita mengejar cita-cita, peulah kita memikirkan juga malang yang tidak berbau atupun kemalangan yang tidak diingini.
Adakalanya apabila seseorang itu terlalu menjaga kepentingan mengelak risiko ini, mereka cenderung untuk mengambil lebih daripada 1 polisi takaful untuk perlindungan diri. Memang benar ia telah mengagih-agihkan risikonya kepada pelbagai syarikat takaful, namun begitu, adalah agak rumit sekiranya berlaku proses tuntutan apabila berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sentiasalah memikirkan begini... 'Apa akan jadi pada diri aku, sekiranya semalam aku ditimpa kemalangan hingga menyebabkan lumpuh total dan hari ini aku tidak mampu lagi untuk bekerja?' Sekiranya perkara ini berlaku, kita akan berasa sangat menyesal sekiranya kita tidak langsung mempunyai apa-apa perlindungan, tambahan pula majikan kita memberikan notis pemberhentian disebabkan kita tidak mampu lagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Untuk membincangkan risiko dan penggantian pendapatan akibat kemalangan dan kecelakaan, anda boleh hubungi saya di talian di atas dan kami bersedia untuk membantu anda merancang dan menghadapi risiko ini.
Comentarios