top of page

Hubungan MLM dan Takaful

  • Writer: Zulkifli mohd noor
    Zulkifli mohd noor
  • Apr 8, 2015
  • 1 min read

Di saat ini terdapat banyak syarikat jualan langsung dan multi level marketing di pasaran. Syarikat ini menawarkan pulangan berbentuk komisyen sekiranya dapat menjual produk dan menarik seramai mungkin downline untuk membina rangkaian. Syarikat tempatan mahupun antarabangsa berusaha sebaik mungkin untuk menguasai pasaran rakyat Malaysia yang sentiasa rajin mendapatkan wang sampingan di saat GST dan pelbagai lagi cukai yang semakin meningkat dikenakan oleh kerajaan.

Di dalam keriuhan menghadiri mesyuarat perniagaan seperti BOP, MOP, TTT atau sebagainya, adalah perlu juga diingat terhadap risiko yang boleh dialami oleh para usahawan sekelian. Usahawan MLM ini sentiasa berjiwa kental, sangguh meredah ke pelbagai pelosok ceruk rantau demi mengembangkan empayar perniagaan yang diperjuangkan. Perbagai presentation dan produk meeting dijalankan yang mana jaraknya beratus malahan beribu batu membelah bumi Malaysia ini.

Di dalam kerancakan itu, jangan dilupa akan kesihatan diri dan malang yang tidak berbau di jalan raya. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga, berkemungkinan hasil jualan yang berjaya dikumpul akan habis digunakan untuk tujuan rawatan dan perubatan.

Sekiranya anda usahawan berjaya di dalam MLM, asingkan sedikit pendapatan anda yang beribu-ribu ringgit setiap minggu itu ke dalam tabung perubatan dan perlindungan takaful. Dengan sedikit caruman serendah RM200, anda mampu mendapat perlindungan kemalangan dan kematian sehingga RM200,000 dan rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta di baway seenuhnya oleh Takaful. Tidak rugi melabur sedikit ke dalam perlindungan ini memandangkan simpanan anda itu akan berkembang dan menjadi banyak dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Oleh itu, jadilah usahawan hebat, kental dan bijak.... Kerana usahawan yang bijak tidak akan mengeluarkan perbelanjaannya sendiri untuk menampung kos dan perbelanjaan perubatan dan di ketika malang yang tidak berbau berlaku.

 
 
 

Comentarios


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page