Bolehkah Seorang yang Ada Darah Tinggi Mendapat Perlindungan Takaful
- Zulkifli mohd noor
- Apr 8, 2015
- 1 min read
Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami penyakit darah tinggi yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang. Makanan seperti daging, ayam, kandungan lemak yang tinggi dan kolesterol boleh mengakibatkan darah tinggi. Ini disebabkan pengumpulan lemak di dalam salur dan pembuluh darah. Darah yang menalir tersekat-sekat dan menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih pantas dan lebih kuat untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh kita.
Syarikat takaful melihat sindrom penyakit darah tinggi ini sebagai penyakit yang telah lama berlaku dan beransur-ansur menjadi lebih kronik apabila gaya hidup dan pemakanan tidak diubah. sekiranya penyakit tersebut telah berlaku sejak lama dahulu dan baru kini seseorang individu itu baru teringat untuk mengambil perlindungan takaful, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku:
a. Diterima untuk mengambil perlindungan takaful tetapi penyakit darah tinggi itu tidak dilindungi
b. Diterima untuk mengambil perlindungan takaful tetapi sekiranya penyakit darah tinggi tersebut
masih ingin dilindungi, maka sebahagian sumbangan loading akan dikenakan oleh underaiter.
c. Tidak diterima langsung untuk mengambil perlindungan takaful hayat
Sekiranya anda telah mendapatkan polisi Takaful Ikhlas Berhad yang mana anda masih belum memiliki sebarang masalah penyakit atau darah tinggi ini, anda akan menerima keseluruhan pampasan yang terdapat di dalam rider Penyakit Kritikal sekiranya anda mengidap salah satu yang terdapat di dalam senarai penyakit yang dilindungi.
Oleh kerana itulah maka saudara saudari sekelian dinasihatkan mengambil perlindungan takaful diusia muda kerana anda akan mudah diterima untuk mendapatkan polisi takaful. Ini adalah kerana anda sememangnya ingin mendapatkan perlindungan sekiranya diserang penyakit.
Disamping itu pula, Takaful Ikhlas menyediakan badal haji/upah haji bagi menjamin terlaksananya urusan rukun Islam yang kelima untuk anda sekiranya anda meninggal dunia.
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...
Comments