top of page
Search

Bagaimana Seorang Usahawan MLM Memanfaatkan Takaful

  • Writer: Zulkifli mohd noor
    Zulkifli mohd noor
  • Apr 8, 2015
  • 2 min read

Menjadi seorang leader hebat di dalam industri MLM atau multi level marketing merupakan idaman setiap pemain pasaran ini. Mereka akan disanjung tinggi kerana jualan peribadi dan kumpulan yang tinggi. Kereta mewah yang dipandu menjadi inspirasi kepada para downline dan sideline. Leader hebat ini akan memberi ucapan dan testimoni dengan aura yang tersendiri disamping menjadikan contoh kerja kerasnya sebagai motivasi kepada para rangkaian.

Tetapi apa yang perlu diutamakan adalah diri tuan empunya badan sang leader itu sendiri. Leader hebat kita ini perlulah mempunyai persiapan juga untuk dirinya sekiranya belian di timpa penyakit dan kemalangan yang tidak berbau. Pendapatannya yang beribu-ribu sebulan perlulah disampingkan untuk kepentingan dirinya sendiri. Sang pelita yang menerangi hidup orang lain ini juga perlu ada 'tilam empuk' sekiranya jatuh ditimpa musibah atau diserang penyakit.

Sebagai seorang leader MLM, anda perlulah mempunyai satu skim takaful yang boleh menggantikan pendapatan anda sekiranya anda tidak mampu menjalankan perniagaan anda. Anda memerlukan satu jumlah perlindungan yang mampu memberikan pendapatan bulanan berterusan walaupun anda terlantar tidak boleh bergerak di atas katil.

Disamping itu, anda juga perlukan satu pelan kad medikal yang mampu memberikan rawatan hospital untuk sebarang jenis penyakit yang tidak terduga. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang leader hebat berusia 30an, anda mampu mendapatkan rawatan kelas pertama dengan hanya RM300 sebulan dengan jaminan rawatan sebanyak RM500,000 sepanjang hayat. Sekiranya anda merasakan bayaran bulanan sebagai satu beban, anda boleh membuat nayaran lump sum untuk setahun dengan diskaun menarik pula. Jadi... bolehlah disimpulkan bahawa MLM dan takaful adalah satu hubungan unik dan hebat yang mana akan membantu usahawan MLM menerobos sempadan keupayaan diri dengan ketenangan fikiran dan perasaan dari ditimpa musibah ataupun penyakit.

Disamping itu, kami akan memberikan anda badal haji percuma sebagai hadiah kerana mendapatkan polisi perlindungan daripada syarikat kami. Lihatlah... bukan saja kita saling melengkapi di dunia ini, tetapi saling melengkapi sehingga ke akhirat. Subhanallah....

 
 
 

Recent Posts

See All
Takaful Ikhlas Ibarat Lilin

Selama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......

 
 
 

Comments


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page