top of page
Search

Apakah Pelan Takaful Yang Sesuai Untuk Seorang Eksekutif Muda?

  • Writer: Zulkifli mohd noor
    Zulkifli mohd noor
  • Apr 8, 2015
  • 1 min read

Seorang eksekutif muda sentiasa memikirkan gaya, penampilan, hobi dan hubungan sosial di kalangan rakan sebaya. Ini termasuklah pakaian, gadget, kereta, rumah, barangan peribadi dan lingkungan pergaulan yang bertaraf bagaimana dan siapa. Persoalan ini menjadi kelaziman universal memandangkan ia merupakan alam baru bagi setiap peringkat kehidupan insan. Namun begitu, di kala kita sentiasa mengejar kemewahan, kejayaan dan kemasyhuran, janganlah kita melupakan saat berlakunya musibah yang tidak disangk-sangka dan tidak diduga.

Sebagai seorang eksekutif muda, anda perlulah merancang simpanan anda untuk hari-hari berikut: hari di mana anda akan diijab qabulkan, hari anda mempunyai anak yang pertama, hari anda mbeli rumah yang pertama, hari anda menimang cucu yang pertama dan hari anda meninggalkan tugas anda di pejabat apabila mencapai usia persaraan.

Anda memerlukan simpanan yang mempunyai perlindungan dari kemalangan yang boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan kekal. Anda memerlukan simpanan dan perlindungan untuk isteri dan anak anda yang bakal membesar. Anda memerlukan wang simpanan yang cukup untuk membeli rumah kediaman yang pertama. Anda memerlukan simpanan yang mencukupi untuk hari pertama anak anda melangkah ke universiti. Anda memerlukan cukup dana untuk bersara dengan gaya hidup yang sama seperti sebelum bersara. Dengan simpanan takaful berunit amanah, pelan simpanan pendidikan anak, pelan simpanan berkaitan pelaburan dan simpanan takaful wanita elegan, anda mampu mencapai kebebasan kewangan dan bebas darpada kerunsingan memikirkan samada orang-orang tersayang di sekeliling anda dapat hidup dengan senang sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.

Untuk membincangkan pelan khusus yang sesuai dengan diri dan gaya hidup anda, hubungi kami di talian yang tertera di atas dan kami sentiasa membuka pintu untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan bersama orang yang tersayang.


 
 
 

Recent Posts

See All
Takaful Ikhlas Ibarat Lilin

Selama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......

 
 
 

Commentaires


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page