top of page
Search

Apa Hubungkait Di Antara Pemilik Syarikat Dengan Takaful

  • Writer: Zulkifli mohd noor
    Zulkifli mohd noor
  • Apr 8, 2015
  • 1 min read

Pemilik syarikat merupakan insan yang paling penting di dalam sesebuah organisasi. lembaga pengarah, ketua pegawai eksekutif ataupun CEO adalah aset bernilai yang menjana pendapatan dan keuntungan firma. Mereka merupakan 'Key Man' yang menentukan naik turunnya syarikat dan kehilangan tenaga mereka adalah suatu 'malapetaka' kepada syarikat. Walaupun kita tahu terdapat ramai orang di luar sana yang boleh menjalankan tugasan mereka ini, tetapi dengan pengalaman dan kepakaran selama bertahun-tahun di dalam bidang pengkhususan tersebut sangat sukar untuk dicari ganti.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa memikirkan risiko pelanggan, kami sentiasa mengorak langkah untuk menyediakan pelan perlindungan yang inovatif bagi menampung keperluan ini. Dengan mendapatkan pelan perlindungan kepada para 'VVIP' ini, syarikat akan tenang menjalankan urusan perniagaan setiap hari memandangkan risiko kehilangan atau ketidakupayaan insan 'VVIP' itu tadi telah dipindahkan kepada kami.

Dengan menilaikan insan penting syarikat ini, mungkin beberapa ratus ribu atau pun jutaan ringgit, kami di takaful akan memastikan pembayaran yang tuntas sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dengan penggantian nilai sebanyak beberapa jutaan ringgit ini dengan nilai seorang 'VVIP' di syarikat anda, maka anda mempunyai masa yang terluang untuk mendapatkan tenaga pakar yang hampir sama dengan para 'VVIP' ini. Syarikat akan dapat meneruskan operasi dan perjalanan pentadbiran firma tidak terjejas.

Jumlah perlindungan 'VVIP' ini akan dihibahkan terus kepada firma dan syarikat sebagai mengenang jasa baik, dan akan memberikan anugerah di dalam bentuk kewangan sebagai mengenang jasa perkhidmatannya. Di sinilah peranan penting yang dimainkan oleh pihak Takaful kami untuk membantu usahawan dan pemilik syarikat di dalam bidang perniagaan yang semakin mencabar ini.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej pengurusan pihak tertinggi ini. kami sentiasa membuka pintu untuk membantu anda.


 
 
 

Recent Posts

See All
Takaful Ikhlas Ibarat Lilin

Selama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......

 
 
 

コメント


Posting Menarik
Recent Posts
Archive
Follow Us
Search By Tags
bottom of page