Anggota Polis dan Kad Medikal Takaful Ikhlas
- Zulkifli mohd noor
- Apr 8, 2015
- 2 min read
Saya telah berjumpa dengan beberapa anggota polis di salah satu cawangan polis di Kuala Lumpur. "En Zull.... kitorang ni susah sikit la nak masuk takaful ni. Dah banyak kali dah kami cuma apply, tapi tak lulus, sebab kami ni polis", kata abang pols ni kepada saya. Kenapa pulak bang, kata saya.
"Yerlah... kebanyakan syarikat insurans dan takaful tidak meluluskan kami untuk mengambil kad perubatan atau medical card/ Itu yang kami dah naik cuak nak apply tu", getusnya lagi.
Saya pun berkata pdanya, "Abang tak tahu ke yang Takaful Ikhlas Berhad ada pelan kad medikal yang memberikan perlindungan dan kad medikal kepada pegawai polis?". "Betul ker?... kitorang tak tahu pun?",katanya lagi sambil membeliakkan matanya. "Kalau macam tu kami nak ambillah". "Dah abang tak tanya, macamana abang nak tahu", kata saya.
Pelan Medcplan dari Takaful Ikhlas Berhad kini membuka perlindungan kepada para anggota kerajaan yang paling banyak berjasa kepada rakyat iaitu polis. Sebenarnya saya pun bangga gak... sebab bapak saya dulu pesara polis... tapi bekas pesara polis dari Pasukan Polis Hutan di jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Sekali pergi masuk hutan, sebulan dua baru balik. masa tu saya masih kecil, sekali ayah saya balik, punya la takut. Apa taknya, sekali dah macam Rambo keluar hutan. Berjambang bermisai. Itulah pengalaman saya sebagai anak polis hutan. Arwah dah pun ayah saya tu. Al fatihah untuk ayah saya.
Kini dengan kad Mediplan dari takaful Ikhlas Berhad membolehkan para anggota polis mendapatkan rawatan hospital dengan lebih baik lagi. Pelannya lagi hebat. Perlindungan perubatan sehingga RM3,500,000.00. Kos rawatan duduk di wad pun ditanggung sehingga 180 hari. Untuk rawatan di ICU pula ditanggung sehingga 100 hari. Inilah kad yang ditunggu-tunggu oleh abang-abang dan kakak-kakak polis kita.
Apa lagi abang, isi borang quotation saya di laman utama untuk mendapatkan pelan yang terbaik dari takaful Ikhlas berhad. Pssst pssst.... abang dan kakak akan mendapat badal haji percuma pulak lagi. Mana nak dapat di tempat lain. Hanya di Takaful Ikhlas. Jangan lupa call ya.
Recent Posts
See AllSelama kita lahir.... pernahkah kita mengalami kegelapan tiada bekalan elektrik? Berapa kali? Berapa lama? Mungkin beberapa kali......
2 Oct 2015 BERNAMA KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) menerima...